Teseragam indah 30 km dari Pekan Ranau.
Sejarah Penubuhan
Kg.Singgaron Baru Ranau, ditubuhkan sekitar 1960-an.Nama kampung ini diambil sempena nama kampung asal penduduk yang telah berpindah ke sini iaitu, Kg.Singgaron Lama, berhampiran Pekan Nabalu Tuaran.Penduduk di sini berasal dari Kg.Kiau Nulu,Kg.Kaung,Kg.Balabakan Tuaran.Oleh kerana kekurangan kawasan tempat bercucuk tanam,maka segelintir penduduk dari kawasan ini telah berpindah ke baru, yang kini dikenali sebagai Kg.Singgaron Baru Ranau.
Penduduk di sini, hidup rukun yang mana, 80 peratus adalah beragama Islam dan selebihnya beragama kristian, namu dari suku yang sama iaitu bangsa kadazandusun.Punca pendapatan utama ialah bercucuk tanam, berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan golongan korporat yang lain.
Perkembangan sosialekonomi semasa kini kampung ini, melonjak ke tahap perusahaan komersial pula iaitu pengwujudan Homestay dan perusahan-perusahaan lain yang menjurus kepada aktiviti pelancongan yang lain.Dibawa naungan Kampung angkat Yayasan Sabah, Kini Kg.Singgaron Baru gah maju ke hadapan dengan struktur pentadbiran dan organisasi belia yang semakin kukuh.
Setapak melangkah ke hadapan, maka langkah setrusnya kini dikembangklan dengan giatnya, dengan barisan pemimpin yang mantap lagi berkaliber.Pelbagai perusahan telah dimajukan di kampung ini seperti, tanaman pokok Getah, Tanaman pokok Koko, kelapa Sawit dan antara yang terkenal sebagai pengeluar buah-buahan seperti Durian dan pisang.Kini Kraftangan juga sudah dikenali di Kampung ini, dengan permuafakatan ibu-iobu bagi menjayakan program tersebut...
Tak kenal ,maka tak cinta....Berkunjung ke Kampung ini, tidak rugi dengan lawatan pengurusan tagalnya, aktiviti'rafting' dan sebagainya...mengorak langkah seiring dengan kemajuan semasa...
Kampung Singgaron Baru gah..di Daerah Ranau...